Klinik Safwa – Pelopor Klinik Mesra Wanita Pantai Timur

SEKALIPUN pada permulaan perniagaan hampir gagal akibat ditipu kenalan bisnes sehingga RM300,000 dan terpaksa menutup klinik, pasangan doktor ini gagahkan diri untuk bangun kembali dengan semangat baharu untuk lebih berjaya.

Tidak ramai yang tahu tentang kisah perit pengasas Kumpulan Klinik Safwa, Dr. Mohd Hakimi Zainudin dan isteri, Dr. Farhana Mohd Roslee. Sejarah bisnes klinik perubatan swasta mereka se- benarnya bermula pada tahun 2014.

Sebelum membina jenama sendiri iaitu Klinik Safwa, pasangan ini terlebih dahulu bertatih mengusahakan klinik di bawah francais klinik terkemuka lain.

Lima tahun mereka menimba pengalaman dan mempelajari selok-belok perniagaan servis kesihatan ini. Dan akhirnya pada penghujung tahun 2019 pasangan doktor muda ini menyusun strategi dan mula mengorak langkah mengembangkan rangkaian klinik mereka ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Walaupun Covid-19 datang tanpa di-jangka ada tahun 2020, perkembangan Klinik Safwa tidak dibenarkan tersekat. Pada waktu ketakutan kegawatan ekonomi, syukur kepada Tuhan, Klinik Safwa kini berkembang pantas dengan tujuh cawangan di Kelantan dan Terengganu.

Cawangan-cawangan ini berada di lokasi strategik seperti Kota Bharu, Panji (Klinik 24 Jam), Kok Lanas, Tumpat, Pasir Puteh, Pasir Panjang dan Durian Burung, Kuala Terengganu. Tidak cukup dengan itu, empat lagi cawangan masih dalam proses ubahsuai.

Ini termasuklah cawangan ke-10 yang terletak di Kuantan yang akan dibuka dalam masa terdekat. Klinik Safwa berusaha menjiwai sepenuhnya konsep ‘klinik keluarga’. Di sini, pesakit pelbagai peringkat umur dan jantina, dari bayi sehingga warga emas, lelaki mahupun wanita, menjadi pengunjung.

Pada masa yang sama, Klinik Safwa juga mempunyai keunikan tersendiri. Dengan konsep klinik ‘Mesra Wanita Dan Kanak-Kanak’, kesemua doktor utama di Klinik Safwa adalah doktor wanita.

Konsep ‘Mesra Wanita’ ini sengaja dipilih bagi memberikan kese- lesaan yang lebih kepada golongan wanita.

Selain memberi keselesaan dan menghilangkan rasa kekok, ciri khas ini juga dapat membantu menjaga aurat pesakit.

Sesuai dengan konsep itu, Klinik Safwa berusaha menjadi One Stop Centre di mana hampir kesemua perkhidmatan berkaitan dengan kesihatan wanita turut tersedia di sini. Ini seperti pemeriksaan mengandung (antenatal) dan selepas bersalin (postnatal), 2D Ultrasound hingga 5D, Gynae Scan, Detail Scan, aspek Perancangan Keluarga seperti Implanon, IUCD, Perundingan dan Rawatan Kesuburan, pemeriksaan bayi jaundice dan lain-lain.

Seiring perkembangan Klinik Safwa,terdapat beberapa penasihat dalam kalangan doktor pakar O&G, Pediatrik, Perubatan Keluarga dan juga Farmakologi, serta beberapa penasihat di bidang bisnes yang membantu syarikat.

Klinik Safwa sebenarnya bukanlah sekadar kumpulan klinik. Di bawah yarikat induk, mereka juga memiliki pejabat (HQ) dan juga sebuah farmasi(wholesale) di Kota Bharu.

Farmasi ini bertanggungjawab membekalkan ubat- ubatan dan kelengkapan perubatan, khususnya kepada cawangan Klinik Safwa dan klinik-klinik lain. Malah, syarikat juga dalam fasa akhir perbincangan untuk menubuhkan sebuah Pusat Pakar Kesuburan (Fertility & IVF Centre) di Pantai Timur.

Lebih menarik, syarikat induk kepada Kumpulan Klinik Safwa kini dalam proses untuk ke pasaran Bursa Malaysia dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Ramai yang dulu berstatus sekadar kenalan, kini sudah menjadi rakan niaga. Pun begitu, sesuai dengan cita-cita dan impian besar Klinik Safwa, peluang bekerjasama begini masih dan akan terus terbuka luas, buat lebih ramai individu yang berminat menjadi pemegang saham Kumpulan Klinik Safwa.

Peluang ini terbuka kepada semua, termasuklah individu bukan dalam bidang perubatan, dalam memiliki klinik sendiri. Klinik Safwa tidak akan berhenti sebelum berkembang ke seluruh Malaysia.

Dalam mencapai hasrat ini, kumpulan ini berbesar hati ingin bekerjasama dengan klinik-klinik lain. Melalui rang- kaian Klinik Safwa, setiap klinik akan dibantu dan dibimbing secara menyeluruh dari aspek pengurusan, pemasaran dan penjenamaan, serta fasiliti kewangan.

Seperti pengalaman awal pengasas Klinik Safwa, jatuh bangun dalam ber- bisnes adalah lumrah. Terpenting adalah jangan berputus asa dan terus melangkah membina impian. Dengan strategi yang tersusun, pasukan yang bersemangat, circle yang positif, guru dan mentor yang hebat, serta impian yang tinggi, kita mampu mencapai kejayaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *